Watak Homer Simpson

Ciptaan

Menamakan watak sempena ahli keluarganya, Homer dinamakan sempena bapa Groening, Homer Groening, yang dia sendiri dinamakan sempena pujangga Yunani Homer.[14][15][16] Tiada apa yang lain mengenai ciri Homer berdasarkannya, dan bagi membuktikan bahawa erti disebalik nama Homer tidak penting, Groening kemudian menamakan anaknya sendiri sebagai Homer.[17][18] Menurut Groening, "Homer bermula dengan matlamat saya untuk melawak bapa saya sebenar dan mengganggunya sedikit. Bapa saya merupakan seorang atletik, kreatif, pembuat filem dan penulis pintar, dan satu-satunya perkara yang dia berkongsi dengan Homer adalah sukakan donut."[19] Sungguhpun Groening telah menyatakan dalam beberapa wawancara bahawa Homer dinamakan sempena bapanya, dia turut mendakwa bahawa dalam beberapa wawancara 1990 bahawa watak dalam novel Nathanael West 1939 The Day of the Locust merupakan inspirasi bagi menamakan Homer.[1][20][21] Singkatan nama tengah Homer "J", yang mewakili "Jay",[22] merupakan penghargaan bagi watak animasi seperti Bullwinkle J. Moose dan Rocket J. Squirrel ("Rocky the Flying Squirrel") dari The Rocky and Bullwinkle Show, yang mendapat singkatan nama tengah mereka dari Jay Ward.[23][24]

Homer membuat penampilan pertamanya bersama keluarga Simpson yang lain pada 19 April 1987, dalam The Tracey Ullman Show singkat "Good Night".[25] Pada tahun 1989, segmen singkat itu disesuaikan menjadi The Simpsons, siri setengah jam yang disiarkan di Fox Broadcasting Company. Homer dan keluarga Simpson kekal sebagai watak utama dalam rancangan baru ini.[26]

Rekabentuk


Keseluruhan keluarga Simpson direka agar mereka boleh dikenali melalui bayangan luar.[27] Keluarga tersebut dilakar kasar kerana Groening menghantar lakaran asas pada animator, mengganggap mereka akan membersihkannya; sebaliknya, mereka sekadar melekap lukisannya.[14] Ciri-ciri fizikal Homer biasanya tidak digunakan pada watak yang lain; contohnya, dalam musim berikutnya, tiada watak selain Homer, Grampa Simpson, Lenny, dan "Krusty the Clown" memiliki garis janggut yang serupa.[28] Apabila Groening mereka Homer pada asalnya, dia meletakkan singkatannya pada garis rambut dan telinga watak: garis rambut menyerupai 'M', dan telinga kanan menyerupai 'G'. Groening memutuskan bahawa ia terlalu mengganggu dan mengubah bentuk telinga untuk kelihatan normal. Bagaimanapun, dia masih melukis telinga sebagai 'G' apabila dia melukis gambar Homer bagi peminat.[29] Bentuk asas kepala Homer digambarkan oleh pengarah Mark Kirkland sebagai tin kopi berbentuk tiub dengan mangkuk salad di atas. Kepala Bart juga berbentuk tin kopi, sementara bentuk sfera digunakan bagi Marge, Lisa, dan Maggie.[30] Semasa segmen pendek, para animator menguji dengan cara Homer menggerakkan mulutnya apabila bercakap. Pada satu masa, mulutnya menganjur kebelakang "melampau garis janggutnya"; tetapi ini ditinggalkan apabila ia menjadi "luar kawal."[31] Dalam beberapa episod awal, rambut Homer melengkung berbanding tajam kerana pengarah animasi Wes Archer merasakan ia kelihatan tidak terurus. Rambut Homer berubah untuk menjadi sentiasa tajam.[32] Semasa tiga musim pertama, rekabentuk Homer bagi penggambaran sudut dekat termasuk garis kecil yang sepatutnya melambangkan garis kening. Matt Groening amat tidak menyukainya dan ia akhirnya ditinggalkan.[32]

Dalam musim ke tujuh (1995) episod "Treehouse of Horror VI", Homer telah dianimasi komputer menjadi watak tiga dimensi buat kali pertama bagi segmen "Homer3" episod tersebut. Pengarah animasi komputer di Pacific Data Images bekerja keras untuk tidak "mengubah watak".[33] Dalam minit terakhir segmen tersebut, Homer 3D berakhir di dunia sebenar, aksi sebenar Los Angeles. Babab ini diarah oleh David Mirkin dan pertama kali satu watak Simpsons berada di dunia sebenar dalam siri tersebut.[33] Disebabkan "Perkahwinan Lisa" (The Simpsons (musim 6), 1995) diletak lima belas tahun di masa hadapan, reka bentuk Homer diubah untuk menjadikannya lebih tua dalam episod itu. Dia lebih gempal; datu dari rambut di atas kepalanya dibuang; dan satu garis tambahan diletakkan di bawah matanya. Reka bentuk yang sama telah digunakan dalam flashforward berikutnya.[34]

Suara

"Saya cuba mencari sesuatu yang saya lebih biasa dengan lebih kuasa dibelakangnya, jadi saya rendahkan suara. [...] Orang akan berkata pada saya, 'Ah, Saya gembira mereka menggantikan orang yang melakukannya dalam musim pertama.' Itu adalah saya!"
—Dan Castellaneta[35]

Suara Homer dilakukan oleh Dan Castellaneta, yang menyuarakan sejumlah watak yang lain, termasuk Grampa Simpson, Krusty Si Badut, Barney Gumble, Groundskeeper Willie, Mayor Quimby dan Hans Moleman. Castellaneta telah menjadi sebahagian dari pelakon biasa dalam The Tracey Ullman Show dan sebelumnya melakukan kerja alih suara di Chicago disamping isterinya Deb Lacusta. Suara diperlukan bagi The Simpsons shorts, dengan itu penerbit memutuskan untuk meminta Castellaneta dan Julie Kavner, ahli pelakon lain, untuk meminjam suara pada Homer dan Marge dan bukannya menggajikan lebih ramai pelakon.[35][36] Dalam segmen singkat dan beberapa musim pertama pertama bagi siaran setengah jam, suara Homer berbeza dari kebanyakan dalam siri. Suara itu bermula sebagai tiruan longgar gaya Walter Matthau, tetapi Castellaneta tidak dapat "memberikan cukup kuasa disebalik suara",[36] atau mengekalkan ikutan Matthau bagi sembilan-hingga-sepuluh jam sesi rakaman, dan akhirnya perlu mencari sesuatu yang lebih mudah.[2] Semasa musim kedua dan ketiga siaran setengah jam berikutnya, Castellaneta "merendahkan suara"[35] dan mengembangkan ia sebagai lebih terbuka dan kelakar, memberikan Homer julat emosi yang lebih meluas.[37]

Suara pertuturan Castellaneta biasa tidak menyerupai suara Homer.[38] Bagi membunyikan suara Homer, Castellaneta merendahkan dagunya pada dadanya[36] and is said to "let his I.Q. go".[39] Ketika dalam kedudukan sebegini, dia menambah ("ad-libbed") beberapa ulasan kurang pintar Homer,[39] seperti ayat "Saya cukup pintar ("smart"), s-m-r-t" dari "Homer Goes to College" (The Simpsons (musim 5), 1993) yang merupakan kesilapan sebenar yang dilakukan oleh Castellaneta semasa rakaman.[40] Castellaneta gemar kekal dalam watak sepanjang sesi rakaman,[41] dan dia cuba membayangkan adegan agar dia dapat memberikan suara sempurna padanya.[42] Disebalik kemashyuran Homer, Castellaneta mendakwa bahawa dia tidak dikenali di khalayak awam, "kecuali, barangkali, oleh peminat tegar".[41]

"Homer's Barbershop Quartet" (The Simpsons (musim 5), 1993) merupakan satu-satunya episod di mana suara Homer diberikan oleh orang lain selain Castellaneta. Episod ini menjadikan Homer membentuk quartet kedai gunting yang bergelar "The Be Sharps"; dan, pada satu ketika, suara nyanyiannya diberikan oleh ahli The Dapper Dans.[43] The Dapper Dans telah merakamkan bahagian nyanyian bagi kesemua empat ahli The Be Sharps. Nyanyian mereka dicampur dengan suara biasa pelakon, sering kali suara pelakon biasa menyanyikan melodi dan Dapper Dans sebagai latar.[44]

Sehingga 1998, Castellaneta dibayar $30,000 setiap episod. Semasa pertikaian bayaran pada 1998, Fox mengancam untuk menggantikan enam pelakon suara utama dengan pelakon baru, pergi sejauh bersedia untuk menguji suara baru.[45] Bagaimanapun pertikaian dapat diselesaikan dan dia menerima $125,000 setiap episod sehingga 2004 apabila pelakon suara menuntut mereka dibayar $360,000 setiap episod.[45] Issue tersebut diselesaikan sebulan berikutnya,[46] dan Castellaneta mendapat $250,000 setiap episod.[47] Selepas perundingan gaji pada tahun 2008, pelakon suara menerima sekitar $400,000 setiap episod.[48] Tiga tahun berikutnya, dengan Fox mengancam untuk membatalkan siri tersebut kecuali kos prngeluaran dikurangkan, Castellaneta dan ahli pelakon lain menerima 30 peratus potongan gaji, bawah sehingga atas sedikit dari $300,000 setiap episod.[49]

Perkembangan watak

Pengeluar esekutif producer Al Jean mengulas bahawa dalam bilik mengarang The Simpsons, "semua orang suka menulis mengenai Homer", dan kebanyakan pengembaraannya adalah berdasarkan pengalaman penulis.[50] Pada musim awal kisah tersebut, Bart merupakan tumpuan utama. Tetapi, sekitar The Simpsons (musim 4), tumpuan semakin kearah Homer. Menurut Matt Groening, ini disebabkan "dengan Homer, kisah lucu lebih meluas yang anda boleh buat. Dan terdapat akibat yang lebih drastik akibat kebebalan Homer. Anda hanya dapat pergi begitu jauh dengan seorang remaja nakal. Kami mahu Bart melakukan apa sahaja sehingga pada tahap di dibicarakan di mahkamah sebagai orang dewasa. Tetapi Homer merupakan seorang dewasa, dan kebebalannya adalah lebih lucu. [...] Homer terus melakukan apa sahaja pada setiap idea yang terlintas dalam fikirannya."[19]

Tingkah-laku Homer berubah beebrapa kali sepanjang siri tersebut disiarkan. Dia pada asalnya "amat marah" dan suka menindas Bart, tetapi ciri ini berkurangan sedikit ketika sifatnya berkembang lebih lanjut.[51] Pada musim awal, Homer kelihatannya bimbang keluarganya akan menjadikan dia kelihatan buruk; bagaimanapun, dalam episod berikutnya, dia lebih kurang bimbang mengenai bagaimana dia dipandang oleh orang lain.[52] Pada beberapa tahun pertama, Homer sering kali dipaparkan sebagai baik dan ikhlas, tetapi semasa tempoh Mike Scully sebagai pengeluar esekutif (The Simpsons (musim 9), 1997 hingga The Simpsons (musim 12), 2001), dia menjadi lebih "kasar, pentingkan diri".[53] Chris Suellentrop dari majalah Slate]] menulis, "di bawah tempoh Scully, The Simpsons menjadi, apa, satu kartun. [...] Episod yang dahulunya akan berakhir dengan Homer dan Marge menunggang basikal ke matahari terbenam [...] kini berakhir dengan Homer menyumpit sumpitan penenang [ada leher Marge."[54] Peminat telah menggelar kelahiran semula watak ini sebagai "Homer Si Keldai".[55][56][57] Semasa sesi rakaman suara, Dan Castellaneta telah menolak bahan yang ditulis dalam skrip yang menunjukkan Homer sebagai bersifat terlalu kejam. Dia percaya bahawa Homer adalah "kasar dan tidak sensitif, tetapi dia tidak bermaksud kejam secara sengaja."[58] Ketika menyunting The Simpsons Movie, beberapa babad diubah atau dilembutkan untuk menjadikan Homer lebih bersimpati.[59]

Para penulis telah menjadikan kepintaran Homer kelihatan berkurangan melalui masa beberapa tahun; mereka menjelaskan bahawa ini tidak dilakukan dengan sengaja, tetapi diperlukan bagi mengatasi kelakar sebelumnya.[60] Sebagai contoh, dalam "When You Dish Upon a Star", (The Simpsons (musim 10), 1998) para penulis memasukan adegan di mana Homer mengakui bahawa dia buta huruf. Para penulis berdebat sama ada untuk memasukkan belitan plot ini kerana ia akan bercanggah dengan adigan sebelumnya di mana Homer membaca, tetapi akhirnya mereka memutuskan untuk mengekalkan olokan ini kerana mereka mendapati ianya kelakar. Para penulis sering berdebat sejauh mana mereka akan pergi untuk menggambarkan kedunguan Homer; satu peraturan yang dicadangkan adalah "dia tidak boleh melupakan namanya sendiri".[61]

Analisa

Homer merupakan "semua orang" dan mewakili beberapa stereotaip Warga Amerika yang berkerja kasar kolar biru: dia kasar, lebih berat, tidak cekap, dungu, kekok dan hampir sebagai kaki botol.[1] Matt Groening menggambarkannya sebagai "dikawal sepenuhnya oleh apa yang terlintas difikirannya".[62] Dan Castellaneta menggelarkannya sebagai "seekor anjing yang terperangkap dalam tubuh manusia", menambah, "Dia sangat taat – tidak begitu bersih – tetapi anda pasti sayangkannya."[36] Dalam bukunya Planet Simpson, pengarang Chris Turner menggambarkan Homer sebagai "paling Amerika bagi Simpsons" dan percaya bahawa ketika ahli keluarga Simpson lain dapat ditukar kepada kewarganegaraan lain, Homer merupakan "warga Amerika tulin".[63] Dalam buku God in the Details: American Religion in Popular Culture, pengarang mengulas bahawa "Kemajuan Homer (atau ketiadaannya) mendedahkan watak yang dapat melakukan perkara betul, samaada secara tidak sengaja atau dengan berat hati."[64] Buku The Simpsons and Philosophy: The D'oh! of Homer termasuk satu bab yang menganalisa watak Homer dari sudut pandangan etik maya Aristotelianism. Raja Halwani menulis bahawa "kecintaan kehidupan" Homer merupakan trait watak yang disanjung, "kerana ramai orang terdorong untuk melihat Homer sekadar sebagai bebal dan tidak bermoral. [...] Dia tidak berpolitik ("politically correct"), dia lebih gembira menilai orang lain, dan dia jelas tidak kelihatan taksub dengan kesihatannya. Kualiti ini mungkin tidak menjadikan Homer orang yang dikagumi, tetapi ia menjadikannya dikagumi dalam cara lain, dan, menjadikan kira inginkannya dan Homer Simpsons bagi dunia ini."[65] Pada tahun 2008, Entertainment Weekly membenarkan menamakan The Simpsons sebagai klasik televisen dengan menyatakan, "kita semua meraikan Homer ketua keluarga Simpson kerana kegembiraanya adalah sejelas sebagai mana kebebalannya mengejutkan".[66]

Dalam The Simpsons (musim 8) episod "Homer's Enemy" penulis memuuskan untuk memeriksa "bagaimana rasanya untuk sebenarnya bekerja disamping Homer Simpson".[67] Episod ini menjelajah kemungkinan watak realistik dengan etik kerja yang kuat bernama Frank Grimes diletakkan disamping Homer dalam persekitaran pekerjaan. Dalam episod ini, Homer digambarkan sebagai orang kebiasaan dan mewakili semangat Amerika; bagaimanapun, dalam sesetengah adigan ciri-ciri negetifnya dan kedunguannya jelas ditonjolkan.[68][69] Pada penghujung episod, Grimes, kuat bekerja dan tekun "hero Amerika sebenar", menjadi penjahat; penonton bertujuan menjadi gembira bahawa Homer muncul sebagai pemenang.[68]

Dalam Gilligan Unbound, pengarang Paul Arthur Cantor menyatakan bahawa dia percaya perhatian Homer pada keluarganya telah menambah pada kepopulaan watak tersebut. Dia menulis , "Homer merupakan pati sifat seorang ayah sebenar. [...] inilah mengapa, disebalik kebodohannya, sifat bigot dan kualiti pentingkan diri sendirinya, kita tidak dapat membenci Homer. Dia berterusan gagal menjadi seorang bapa yang baik, tetapi dia tidak pernah berhenti mencuba, dan dalam satu segi asas dan penting yang menjadikannya sebagai seorang bapa yang baik."[70] The Sunday Times mengulas "Homer adalah seorang yang baik kerana, melebihi yang lain, dia berkeupayaan untuk menyayangi sepenuhnya. Apabila diperlukan, dia sentiasa melakukan perkara yang betul bagi anak-anaknya-dia tidak bernah curang disebalik beberapa peluang."[58]

Rujukan

WikiPedia: Homer Simpson http://www.theage.com.au/articles/2003/02/27/10460... http://www.theage.com.au/articles/2004/04/02/10805... http://www.cbc.ca/arts/story/2003/05/30/homer30050... http://www.macleans.ca/article.jsp?content=2007072... http://www.abqtrib.com/news/2007/jun/23/voice-home... http://www.calendarlive.com/tv/cl-ca-baker16feb16,... http://www.canada.com/montrealgazette/story.html?i... http://www.cbsnews.com/stories/2004/05/01/entertai... http://www.cnn.com/2003/SHOWBIZ/TV/02/13/simpsons.... http://popwatch.ew.com/2010/06/09/simpsons-matt-gr...